Saturday, March 27, 2010

Resipi - Resipi Kuih Yang Pernah Di Belajar.

Karipap Pusing

Bahan A:

180gm Tepung Gandum
120gm Mentega/shortening

Bahan B:

270 gm Tepung Gandum
1 1/2 sudu makan mentega
1 sudu teh garam
150 ml air

Inti:

3 ulas bawang merah
3 sudu makan kari
3 biji kentang (dadu)
1 paket udang kering
Perisa

Cara Membuatnya:

Gaul bahan A dan B secara berasingan. Lepas itu uli bahan B dan masukkan bahan A ke dalam bahan B. Uli dan gulungkan. Lepas itu potongkan.

Inti: Tumiskan bawang. Lepas itu masukkan udang, kari dan kentang. Gaul rata. Akhir sekali masukkan perisa.


Kek Lapis Cheddar Cheese

Bahan A:

16 biji kuning telur
3 biji putih telur
280 gm gula castor
210 gm tepung Hong Kong
1 sudu makan ovalette

Bahan B:

480 gm mentega
6 sudu makan susu manis
3 sudu makan sirap kencana (golden syrup)
120 gm cream cheese

Bahan C:

Cheddar Cheese

Cara Membuatnya:

Pukul bahan A hingga kembang, kemudian pukul bahan B hingga kembang. Campurkan kedua-dua bahan. Lepas itu lapiskan ke dalam acuan. Setiap lapisan ditabur cheddar cheese.

Kursus Asas Laman Web Dan Blog


Menghadiri Kursus Asas Laman Web Dan Blog
Di Kolej Komuniti Kuching Pada 27 - 28 Mac 2010.